Lukis poligon yang besar dan terperinci
Nota: Sebelum memulakan artikel ini, kami mengesyorkan anda mempelajari dahulu cara melukis poligon biasa. Lawati pautan ini: Lukis poligon - (Alat poligon)
Lukis poligon yang besar dan terperinci
- Pengenalan
- (Kaedah 1)
Lukis garisan untuk mencipta poligon, kemudian isikannya - (Kaedah 2)
Lukis poligon kasar, kemudian tambah butiran
Pengenalan
Apabila anda melukis poligon yang besar dan terperinci, anda mungkin perlu menggerakkan Paparan Peta sebelum anda selesai melukis poligon tersebut.
Dalam keadaan ini, poligon siap secara automatik apabila anda memilih Alat Tangan untuk menggerakkan Paparan Peta.
Untuk membantu anda melukis poligon yang besar dan terperinci, kami mengesyorkan 2 kaedah ini.
(Kaedah 1) - Lukis garisan untuk mencipta poligon, kemudian isikannya
Lukis dan sambungkan setiap tepi
- Pilih Alat garisan pada bar alat atas.
Kekunci pantas: Atau anda boleh menekan butang "Z" pada papan kekunci anda.
- Dalam Paparan Peta, klik dan seret dari permulaan hingga ke hujung garisan.
- Mula melukis garisan kedua dengan menuding pada titik hujung garisan pertama.
Anda akan melihat bulatan hitam muncul.
- Teruskan melukis garisan kedua dengan mengklik dan menyeret dari bulatan hitam ke hujung garisan.
Nota: Jika anda mahu menggerakkan peta selepas melukis garisan, anda boleh bertukar dengan pantas kepada Alat Tangan.
Kekunci pantas: Tekan dan tahan butang "Shift" pada papan kekunci anda. - Teruskan melukis garisan untuk membentuk tepi sempadan poligon.
- Apabila anda melukis garisan terakhir untuk menutup poligon, anda akan mula melukis dari bulatan hitam dan berakhir pada bulatan hitam.
Tambah warna isian dalaman untuk menggabungkan garisan
- (Pilihan) Pada bar alat atas, pilih Pemilih Warna Isian untuk memilih warna kawasan isian poligon.
Pemilih Warna Isian ialah Ikon Baldi yang memaparkan tip alat:
"Tukar isian. Isi garisan yang bersambung". - Pilih Alat Isian/Tukar Warna pada bar alat atas.
Alat Isian/Tukar Warna ialah Ikon Baldi yang memaparkan tip alat:
"Change colours of an overlay or fill connected lines. To change lines, click directly on line." - Dalam Paparan Peta, klik di dalam sempadan poligon.
Anda akan melihat warna mengisi bahagian dalam poligon.
2 garisan yang membentuk titik terakhir poligon akan digabungkan. Jadi, menyunting titik terakhir akan menjadi lebih mudah pada langkah seterusnya.
(Pilihan) - Tukar lokasi mana-mana titik pada poligon
Nota: Pada poligon, "titik" atau "penjuru" juga dikenali sebagai "bucu".
- Pilih Alat sunting/ukur pada bar alat atas.
Kekunci pantas: Atau anda boleh menekan butang "Q" pada papan kekunci anda.
- Tuding pada titik tersebut.
Anda akan melihat serlahan biru muncul.
- Klik dan seret serlahan biru untuk menggerakkan titik tersebut.
(Kaedah 2) - Lukis poligon kasar, kemudian tambah butiran
Lukis poligon kasar
- Pilih Alat poligon pada bar alat atas.
Kekunci pantas: Atau anda boleh menekan butang "P" pada papan kekunci anda.
- Dalam Paparan Peta, klik sekali untuk mencipta setiap penjuru poligon, kecuali yang terakhir. Anda menutup poligon dengan mengklik dua kali untuk mencipta penjuru terakhir. Contohnya:
Untuk melukis poligon 4 penjuru, klik sekali untuk mencipta setiap satu daripada 3 penjuru pertama. Kemudian klik dua kali untuk mencipta penjuru ke-4.
Nota: Pada poligon, "penjuru" atau "titik" juga dikenali sebagai "bucu".
Tambah bucu baharu pada poligon
- Zum masuk ke lokasi yang anda mahu tambahkan lebih banyak butiran pada poligon.
- Pilih Alat sunting/ukur pada bar alat atas.
Kekunci pantas: Atau anda boleh menekan butang "Q" pada papan kekunci anda.
- Dalam Paparan Peta, anda akan melihat pop timbul di sebelah kiri. Pilih "Titik".
- Tuding pada tepi poligon yang anda mahu tambahkan bucu. Kemudian klik pada butang "+" yang terletak di titik tengah tepi tersebut.
Anda akan melihat butang "+" kini menjadi bucu yang boleh digerakkan.
- Klik dan seret untuk menggerakkan bucu baharu tersebut.
- Teruskan menambah bucu baharu pada tepi sehingga poligon siap.
(Pilihan) - Padam bucu pada poligon
- Pilih Alat Padam pada bar alat atas.
Kekunci pantas: Atau anda boleh menekan butang "E" pada papan kekunci anda.
- Tuding pada bucu yang anda mahu padam. Kemudian klik pada petak yang diserlahkan dengan warna biru.
Anda akan melihat bucu tersebut dipadam, dan tepinya menjadi rata.
Lihat juga
Cipta versi garisan/sempadan yang lebih licin - "Pelicinan > Bezier"
Hasilkan poligon pratetap bagi sesuatu wilayah (negara, negeri, bandar, dll.)
Dikemas kini pada